A-Z Terbit Buku. Perkongsian tatacara kerja penerbitan buku. Aspek penting yang disentuk termasuklah merancang, menulis, mereka bentuk,
mencetak, mempromosi,menjual dan menilai semula hasil kerja sebuah penerbitan.
Sebarang pandangan, perkongsian idea dan komen adalah di alu-alukan.

No 3 Lima Bahagian Pengurusan Projek Terbit Buku

Menulis dan menerbitkan buku merupakan sebuah pengurusan projek. Sebagai sebuah projek, pengurusan akan lebih mudah sekiranya aktiviti projek tersebut di bahagikan kepada beberapa bahagian. Saya meletakkan lima bahagian kepada pengurusan projek terbit buku.

Bahagian pertama menyentuh aspek pemulaan projek, objektif, sasaran pembaca, idea asas dan konsep buku yang hendak diterbitkan; bahagian kedua menyentuh hal ehwal pengumpulan maklumat dan pembangunan bahan; bahagian ketiga berkenaan dengan penyediaan manuskrip dan penyuntingan; bahagian ke empat pula berhubung dengan rekabentuk, rekaletak dan pembangunan mock-up buku dan bahagian ke lima adalah berkenaan pencetakan, pengedaran pemasaran dan penutupan projek.

Lima bahagian ini adalah kerangka asas aktiviti penerbitan buku. Daripada kerangka asas ini kita boleh pecahkan lagi kepada beberapa aktiviti utama dan aktiviti sokongan. Aktiviti-aktiviti tersebut pula ada yang boleh dijalankan serentak dan ada pula yang hanya dapat dijalankan setelah aktiviti sebelumnya selesai.

No comments:

Post a Comment