Anda telah memulakan langkah untuk menulis bagi menerbitkan sebuah buku. Langkah permulaan ini adalah satu permulaan yang sangat bermakna. Di dalam masa yang sama anda juga perlu jelas akan hala tuju perjalanan anda. Sebaiknya anda boleh membayangkan destinasi terakhir anda; iaitu buku anda telah diterbitkan. Bayangkan juga betapa dengan penuh kesyukuran dan gembiranya anda nanti membelek-belek buku anda yang telah berjaya diterbitkan nanti.
Dua perkara penting untuk ditetapkan sebagai kerangka buku anda ialah formula dan bidang fokus topik buku yang anda ingin hasilkan. Formula dan bidang fokus boleh dijadikan satu panduan utama di dalam menyediakan isi kandungan penulisan anda. Pelbagai formula boleh dihasilkan berasaskan konsep ini. Formula dan Bidang Fokus saya adalah seperti berikut:
Topik Buku = Fokus Buku ( a x b)
Topik Buku - Ini adalah perkara, maudhu' atau subject matter yang ingin anda hasilkan. Ianya di ringkaskan di dalam tajuk buku anda tersebut.
Fokus Buku - Ini merupakan bidang fokus buku anda
a - adalah klasifikasi bidang atau sekyen bidang
b - adalah kategori sekyen bidang fokus buku
Ringkasnya formula di atas akan menjadi kerangka kepada isi kandungan buku anda, iaitu anda akan menulis idea dan karya anda di sekitar topik yang diolah melalui kombinasi bidang dan sekyen bidang fokus.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment