A-Z Terbit Buku. Perkongsian tatacara kerja penerbitan buku. Aspek penting yang disentuk termasuklah merancang, menulis, mereka bentuk,
mencetak, mempromosi,menjual dan menilai semula hasil kerja sebuah penerbitan.
Sebarang pandangan, perkongsian idea dan komen adalah di alu-alukan.

No 4 Sasaran Pembaca

Menetapkan sasaran pembaca adalah satu perkara yang utama di dalam penghasilan karya dan penerbitan buku. Ini kerana sasaran tersebut akan menjadi panduan penting kepada penghasilan manuskrip buku dan juga rekabentuk buku.

Siapakah sasaran pembaca kepada buku yang ingin anda terbitkan? Persoalan asas ini perlu dijawab oleh setiap penulis sebelum memulakan hasil karya mereka. Sasaran pembaca boleh merujuk kepada beberapa sasaran atau kelompok yang dikelaskan mengikut umur, tahap pendidikan, golongan mahupun kedudukan sosial budaya tertentu. Penetapan sasaran pembaca pula hendaklah selari dengan bidang fokus bahan yang disentuh sebelum ini.

No comments:

Post a Comment