A-Z Terbit Buku. Perkongsian tatacara kerja penerbitan buku. Aspek penting yang disentuk termasuklah merancang, menulis, mereka bentuk,
mencetak, mempromosi,menjual dan menilai semula hasil kerja sebuah penerbitan.
Sebarang pandangan, perkongsian idea dan komen adalah di alu-alukan.

No 1 Langkah Permulaan


Anda sering berfikir dan berangan-angan untuk menerbitkan sebuah buku. Anda berfikir perkara yang anda minati serta bersemangat untuk menulis tentangnya. Anda juga sering membayangkan hasil penulisan tersebut akan di terbitkan suatu hari nanti.
Sekiranya anda mempunyai perasaan ini, bermakna anda telah berada di permulaan yang baik untuk menerbitkan buku anda. Justeru lakukanlah langkah pertama anda dengan memulakan penulisan. Catatkan tarikh dan masa anda mula menulis ini di dalam diari atau buku nota. Ianya kelak akan menjadi satu warisan sejarah yang bermakna bagi anda.
Di dalam apa bidang sekalipun yang anda ingin ceburi, semuanya bermula dengan langkah pertama anda. Begitu jugalah di dalam bidang penulisan buku. Sesungguhnya mula menulis untuk menghasilkan sebuah buku adalah satu langkah permulaan yang nampak mudah tetapi ianya adalah suatu yang sukar atau berat. Ramai yang tidak berupaya untuk memulakan langkah pertama ini walaupun mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menghasilkan buku. Namun sekiranya ada kesungguhan azam dan niat yang ikhlas, langkah permulaan ini akan menjadi lebih mudah.

Ayuh mulakanlah langkah pertama anda untuk menulis...

1 comment:

  1. Ya bermula dengan niat yang betul dan ikhlas. Serta kuatkan azam.

    ReplyDelete