Pengembaraan kali ini adalah pemusafiran
yang terjauh pernah saya lakukan.
Perjalanan puluhan ribu batu dari Malaysia ke Amerika Utara dengan tujuan untuk
menziarahi anak yang belajar di sini.
Apapun istilah dan bentuk yang diberikan - ekpedisi, lawatan, kembara, melancong, ziarah
dan seumpamanya; ianya merupakan satu perjalanan.
Bagi saya setiap perjalanan tersebut ada ibrahnya.
Ungkapan ini biasa saya coretkan. Justeru terdetik untuk saya, khusus pada perjalanan
ini, memikirkan dan memfokuskan perkara ini - pelbagai ibrah dan pembelajaran yang boleh diperoleh dari sesuatu pemusafiran.
Kalau kita merujuk kepada Al-Qur’an, terdapat banyak cerita,
kisah atau peristiwa perjalanan seperti -kisah perjalanan nabi Musa a.s dengan nabi Khidir a.s, kisah israk
dan mikraj nabi Muhammad s.a.w dan lain-lain kisah seumpamanya. Sudah
semestinya kisah atau peristiwa perjalanan yang terdapat di dalam Al-Quran tersebut
perlu dijadikan pengajaran, panduan, rujukan dan amalan.
Inilah yang memotivasikan saya untuk menghasilkan penulisan ‘Pembelajaran
Perjalanan’, iaitu suatu metod pembelajaran (untuk memperolehi pengajaran atau
pengalaman) yang diperolehi dari suatu
perjalanan. Tajuk penulisan ini mungkin akan berubah tetapi fokus isi kandungan
adalah seperti yang saya gambar di atas. Saya berniat untuk menghasilkan satu
penulisan sebuah buku di dalam topik ini yang di olah di dalam bentuk ‘buku
dalam buku’.
Sebagai langkah bermula, adalah penting untuk merakamkan
inspirasi, cita-cita dan impian penulisan tajuk ini. Saya akan mengunakan teknik
25 langkah terbit buku yang saya cipta untuk penghasilan “buku dalam buku” pertama saya sebelum ini.
Mohon daokan…

No comments:
Post a Comment