A-Z Terbit Buku. Perkongsian tatacara kerja penerbitan buku. Aspek penting yang disentuk termasuklah merancang, menulis, mereka bentuk,
mencetak, mempromosi,menjual dan menilai semula hasil kerja sebuah penerbitan.
Sebarang pandangan, perkongsian idea dan komen adalah di alu-alukan.

Kembali Menulis



Sudah agak lama saya tidak menulis di laman blog A-Z Terbit Buku ini. Dua kejadian pada minggu ini memberikan semangat dan nafas baru untuk saya kembali menulis.

Pertama mendapat semangat selepas mengikuti seminar di Singapura mengenai perkongsian pengalaman seorang pakar internet dari Kanada berhubung potensi internet dan blog. Kedua teruja kerana mendapat jemputan dari laman sosial media professional - linkedIn , untuk menjadi penguna awal kepada  publishing platform mereka.

Blog A-Z Terbit Buku ini mempunyai struktur kandungan yang tersusun. Saya akan kembali menulis berdasarkan kerangka yang telah tersedia, iaitu dari (A) langkah permulaan, (B) formula dan fokus sehinggalah  (Y) Penutup dan (Z) Telah terbit.

Di antara kebaikan penerbitan adalah penghasilan penulisan yang di dokumentasikan sama ada di dalam bentuk cetak/print mahupun digital. Dokumentasi ini boleh dibaca dan dirujuk kembali, menjadikan ianya sesuatu yang boleh membawa manfaat kepada orang lain. Inilah sebenarnya motivasi utama kembali menulis ini.

No comments:

Post a Comment