Salah satu cara untuk memulakan projek buku anda ialah dengan mengenalpasti jenis atau kategori buku yang hendak anda terbitkan.
Buku boleh diterbitkan di dalam pelbagai kategori. Di antaranya buku ilmiah, cereka, novel, kanak-kanak, akademik, keugamaan dan sebagainya. Saya akan cuba menyentuh secara ringkas kategori-kategori ini dari masa ke semasa. Untuk kali ini, saya akan menyentuh mengenai buku travelog.
Buku travelog adalah sebuah karya mengenai sesuatu pengembaraan, perjalanan ataupun pelancongan. Ianya menceritakan dan mendokumentasikan pengembaraan penting berhubung dengan peristiwa dan pengalaman penulis. Selain dari cacatan peristiwa, buku travelog juga memuatkan bahan di dalam bentuk gambar, peta, gambarajah dan seumpamanya. Penulis boleh menceritakan pengalaman mereka melalui perspektif sosial kemasyarakatan, budaya, politik, mahupun ekonomi.
Banyak karya yang hebat diterbitkan di dalam bentuk buku travelog. Di antaranya ialah Pengembaraan Ibnu Battuta (1304 – 1368 / 1369). Nama beliau, ʾAbū ʿAbd al-Lāh Muḥammad ibn ʿAbd al-Lāh l-Lawātī ṭ-Ṭanǧī ibn Baṭūṭah (Ibn Battuta). Beliau memuatkan sebuah karya pengembaraan selama 30 tahun melawat negara Islam pada zaman beliau di dalam buku beliau ' Pengembaraan Ibnu Battuta'.
Sebagai seorang penulis, saya bercita-cita untuk menghasilkan sebuah buku di dalam kategori ini - iaitu karya sebuah 'buku dalam buku' travelog. Semoga satu hari nanti saya dapat menghasilkan buku travelog ini. Insya Allah.
28 April 2015 | Singapura
No comments:
Post a Comment