A-Z Terbit Buku. Perkongsian tatacara kerja penerbitan buku. Aspek penting yang disentuk termasuklah merancang, menulis, mereka bentuk,
mencetak, mempromosi,menjual dan menilai semula hasil kerja sebuah penerbitan.
Sebarang pandangan, perkongsian idea dan komen adalah di alu-alukan.
No 8 Pemerolehan Bahan Elektronik
Secara ringkas bahan elektronik merujuk kepada bahan-bahan media elektronik yang terdapat di Internet, Mobile Data, TV, Video, Multimedia dan seumpamanya. Capaian bahan tersebut pula, secara amnya, boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu network content dan non-network content. Yang dimaksudkan network content ialah semua bahan yang berbentuk tuli san (text), bunyi (audio), audio-text, video, grafik, multimedia dan perisian yang boleh dicapai secara jaringan elektronik (electronic networks) dan peralatan mobile. Termasuk di dalam kategori ini adalah mobile/wireless content yang akan menjadi semakin penting dan mendapat perhatian pengguna pada jangka masa tahun-tahun yang terdekat ini. Non-network contents pula ialah bahan yang boleh dicapai tanpa melalui rangkaian seperti cakera DVD atau CD.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment