Untuk mencapai eBook boleh layari di laman / platform berikut:
Untuk mencapai eBook boleh layari di laman / platform berikut:
Buku "25 Puisi Malaysia Madani Jiwa Merdeka" ini mempersembahkan sebuah himpunan karya sastera yang menggugah semangat patriotisme dan cinta akan negara. Mengambil inspirasi daripada tema sambutan kemerdekaan Malaysia 2024, buku ini merangkai keindahan bahasa dan makna mendalam dalam 25 puisi yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan bernegara.
Dari akar kebebasan yang tertanam kukuh hingga visi gemilang masa hadapan, setiap puisi menelusuri nilai-nilai teras Malaysia Madani dan semangat jiwa merdeka yang menjadi tunjang kekuatan negara. Kepelbagaian bangsa, budaya, dan agama dijalin harmoni dalam kemajuan, mencipta sebuah negara bangsa yang teguh dan berdaya tahan.
Puisi-puisi ini mengajak pembaca merenung perjuangan para pertiwi, menghargai warisan budaya, dan memupuk semangat perpaduan. Dengan bahasa yang indah dan gaya penulisan yang puitis, semoga buku ini dapat menyentuh hati dan membangkitkan rasa cinta yang mendalam terhadap Malaysia.
"25 Puisi Malaysia Madani Jiwa Merdeka" adalah sebuah karya yang bukan sahaja meraikan kemerdekaan, tetapi juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membangun negara bangsa yang gemilang, sejahtera, dan harmoni.
Semoga ianya menjadi satu inspirasi sempena dengan sambutan ini...